Hilang (lagu)

Hilang merupakan sebuah lagu pop R&B yang dicipta oleh komposer Audi Mok dan dinyanyikan oleh penyanyi popular Dayang Nurfaizah pada tahun 2007. Lagu ini menceritakan mengenai seorang wanita yang kehilangan seorang kekasih. Dayang pertama kali menyanyikan lagu ini secara live ketika acara Ikon Malaysia 2007 pada 24 Jun 2007 dan lagu ini mula mendaki carta apabila album keenam Dayang, 20 07 dipasarkan sebulan kemudian. Ketika lagu ini popular di corong-corong radio, Audi turut menerbitkan sebuah lagu lagu yang berjudul Hilang yang mana dinyanyikan oleh bakat baru Diddy Hirdy. Lagu tersebut bukanlah lagu yang sama, cuma judulnya sahaja yang sama dan dihasilkan oleh komposer yang sama. Ia menimbulkan kekeliruan pada mulanya dan pada acara Anugerah Era 2007, Dayang dan Diddy menyanyikan lagu masing-masing secara medley. Pada peringkat awal pembikinan lagu ini, Audi merancang mahu memberikan lagu ini kepada penyanyi Liza Hanim untuk albumnya Imagin namun ia didapati tidak bersesuaian. Selepas itu Audi menawarkan lagu ini kepada Ramli M.S. untuk album solo ketiga Misha Omar, namun lagu ini ditolak. Takdirnya lagu ini sampai ke tangan penyanyi R&B sendiri, dan akhirnya Dayang merakamkan lagu ini.

Hilang (lagu)

Dikeluarkan pada 21 Julai 2007
Penerbit Audi Mok
Penulis Audi Mok, Nurfatima
Format CD
Panjang -
Genre R&b, Pop
Syarikat New Southern Records